Tuesday, 7 May 2013

Untuk ke sepuluh kalinya!

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, 3 Mei lalu, dengan izin Allah, Buku Jalanan Kota Bharu telah berlangsung untuk kali ke sepuluh, dengan jayanya.

Walupun, awan mendung langit gelap, yang mana merunsingkan pihak kami sama ada terpaksa pulang awal ataupun bertahan selama yang mungkin, akan tetapi warga Kota Bharu tetap juga datang memberikan sokongan. Dan, cuaca seakan-akan memberikan kerjasama kepada kami.

Sedar tak sedar, minggu lepas sudah kali ke-10. Moga-moga Allah akan terus permudahkan usaha kecil kami ini.

Yang uniknya, kaum Cina turut sama berada pada event tersebut, dan yang paling terharu, dia menyatakan hasrat untuk menyumbang buku kepada BJKB. Alhamdulillah. Ini satu perkembangan yang positif. Kerana, kita nak memupuk budaya membaca ini bukan untuk kita-kita sahaja bahkan semua kaum khususnya. 

Ini saja, mukaddimah dari saya. Lepas ni, InshaAllah akan berkongsi rebiu novel-novel yang pernah saya baca. 

Sekali lagi, terima kasih kepada yang memberi sokongan demi melihat kelangsungan BJKB :)

Gambar event 10.0 (facebook)


Monday, 18 March 2013

Berurusan Dengan Pihak Berkuasa MPKB-BRI



Kronologi

25 Januari 2013
Bersamaan dengan aktiviti BJKB yang ke 5, seorang pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengadakan 'inspection' terhadap BJKB5 ketika itu. Beliau mengambil beberapa gambar aktiviti BJKB yang dipercayai untuk dijadikan report.

27 Januari 2013
BJKB telah berjumpa dengan Penolong Pengarah Landskap MPKB-BRI di pejabat beliau untuk berbincang mengenai prosedur supaya BJKB boleh terus menggunakan Taman Perbandaran Tengku Anis secara SAH disisi UNDANG-UNDANG. Beliau mengatakan yang BJKB perlu menghantar surat permohonan kepada YDP-MPKB-BRI untuk menggunakan TTA.

29 Januari 2013
BJKB menghantar surat kepada Yang Dipertua MPKB-BRI untuk memohon kebenaran menggunakan Taman Perbandaran Tengku Anis bagi tujuan perkongsian ilmu melalui medium buku jalanan [street library].

3 Mac 2013
BJKB dihubungi oleh Pegawai MPKB-BRI, mengatakan bahawa BJKB telah DIBENARKAN beroperasi secara SAH. Beliau juga meminta BJKB berjumpa dgn Pegawai Landskap yg directly incharges Taman Perbandaran Tengku Anis utk membincangkan secara lanjut mengenai BJKB.

13 Mac 2013
BJKB telah hadir ke pejabat Bahagian Lanskap MPKB BRI untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang BJKB jalankan. Perbincangan berlangsung selama lebih kurang 30 minit bersama Ketua Unit Lanskap MPKB BRI secara keseluruhannya berjalan lancar. Beliau cuma ingin mengetahui dengan lebih detail mengenai aktiviti yang BJKB jalankan dan juga ingin memastikan agar aktiviti yang dijalankan tidak mengganggu orang awam. Juga tidak mengganggu gugat keadaan taman tersebut. Secara dasarnya, beliau tidak ada apa-apa halangan kerana kelulusan dari pihak atasan MPKB telah pun diberikan kepada BJKB. Malah beliau turut mencadangkan beberapa tempat lain disekitar Kota Bharu yang boleh dilakukan aktiviti buku jalanan ini. Di sekitar Taman Tengku Anis itu juga beliau ada mencadangkan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai yang boleh BJKB lakukan aktiviti di situ.

Sunday, 10 March 2013

Pilih + Ambik + Baco + Pinje = Free jah


Macam Mana Blog Ni Tercipta?

Ini semua angkara Shafiq Azli Jaafar. dia yang cadangkan untuk buat blog ni. cadangan dia bebunyi macam ni:

"Blog/laman web - kiranya mungkin cadangan ini nampak dangkal. Tapi ini perlu bagi kelangsungan BKJB akan datang. Cuma perlu penggerakan yang pandai design blog dan password dikongsi bersama semua aktivis. Mungkin dalam blog itu boleh diletakkan sedikit ulasan buku yang dibaca. Saya pengulas tegar Goodreads bersama Afifah Nur. Jadi, ulasan tersebut dapat diletakkan di situ. Tulisan pojok seperti sembang Ahad juga bermanfaat untuk kita kembangkan pemikiran kita kepada belia."

------------

Jadi, itu cadangan Shafiq kepada warga penggerak BJKB. adakah cadangan beliau diterima? Ada yang menerima, dan ada yang tak menerima.

------------

yang tak menerima hujahnya begini:

Blog dan laman web bagi saya, agak leceh. Maaf, tapi apa kata kita guna cara yang lebih senang dan takmemerlukan komitmen yang terlalu banyak, maksud saya pasti semua ada komitmen yang lainnya kan. Saya takut, blog itu tidak aktif dan berhenti di pertengahan jalan, itu kebiasaan blog yang saya jumpa, lebih-lebih lagi blog untuk acara sebegini, tapi kalau ada seorang yang betul-betul akan terus menulis, itu tidak menjadi masalah, dan mungkin akan diselang seli kan dengan penulisan yang lainnya. Jauh pula, sebenanrnya saya nak cadangkan agar awak dan Afifah Nur linkkan saja akaun GoodReads awak dengan FB BJKB. Rasanya boleh kan begitu ? Atau kalian share kan apa yang kalian tulis di GoodReads di page BJKB. Itu lebih mudah. Saya pun punya akaun GR cuma saya taksuka menulis review buku, saya hanya suka membaca review untuk dijadikan medium dalam pencarian bahan bacaan.

dan yang menerima cadangan Syafiq pula hujahnya begini:

Mengenai mewujudkan blog bjkb itu pada saya ianya sangat cool. kenapa sangat cool? sebab blog lagi cool dari fb. ya ya fb cool. tapi blog tetap lagi cool. kenapa? sebab konsep blog adalah web based concept dan konsep fb adalah konsep "touch and go". post sumthin and just let it go. nampak tak maksud saya? maksud saya, apa yang kita post kat fb ianya sedikit sukar untuk dicari lagi. take time nak kena scroll down untuk mencari. tapi, kalau kat blog, kita boleh cari based on title yang ada link kat tepi tu. jadi, saya memberi sokongan penuh untuk mewujudkan blog. masalah tak konsisten berblog tu perkara biasa. sy mengalaminya.hehe. tp mungkin ianya boleh di atasi bila adanya ramai penulis.tapi dari segi fungsi penyampaian dan simpanan maklumat, blog adalah lebih power dari fb.

------------

Kita meraikan sebarang pendapat dan pandangan rakan-rakan. Yang mencadang mahupun yang membantah. Pendapat yang diterima, diusulkan kepada rakan-rakan untuk dinilai samaada ianya baik untuk diguna-pakai atau pun tidak. Dalam mencapai kesepakatan bersama, kita tak pernah menafikan pandangan setiap orang. Apa yang diutarakan kita rai. Yang akhirnya apabila difikirkan perlu, pendapat tersebut akan diusulkan ke SIDANG RAKYAT agar dapat mencapai keputusan yang KONSENSUS.

Dan apabila usul si Shafiq ini dibentangkan ke persidangan rakyat pada 8.3.2013 yang lepas, sebulat suara keputusan yang dicapai secara konsensus bersetuju dengan apa yang Shafiq usulkan.

Seiring dengan keputusan yang dicapai, blog ini juga dibina pada tarikh keramat tersebut.