Wednesday, 27 March 2013
Monday, 18 March 2013
Berurusan Dengan Pihak Berkuasa MPKB-BRI
Kronologi
25 Januari 2013
Bersamaan dengan aktiviti BJKB yang ke 5, seorang pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengadakan 'inspection' terhadap BJKB5 ketika itu. Beliau mengambil beberapa gambar aktiviti BJKB yang dipercayai untuk dijadikan report.
27 Januari 2013
BJKB telah berjumpa dengan Penolong Pengarah Landskap MPKB-BRI di pejabat beliau untuk berbincang mengenai prosedur supaya BJKB boleh terus menggunakan Taman Perbandaran Tengku Anis secara SAH disisi UNDANG-UNDANG. Beliau mengatakan yang BJKB perlu menghantar surat permohonan kepada YDP-MPKB-BRI untuk menggunakan TTA.
29 Januari 2013
BJKB menghantar surat kepada Yang Dipertua MPKB-BRI untuk memohon kebenaran menggunakan Taman Perbandaran Tengku Anis bagi tujuan perkongsian ilmu melalui medium buku jalanan [street library].
3 Mac 2013
BJKB dihubungi oleh Pegawai MPKB-BRI, mengatakan bahawa BJKB telah DIBENARKAN beroperasi secara SAH. Beliau juga meminta BJKB berjumpa dgn Pegawai Landskap yg directly incharges Taman Perbandaran Tengku Anis utk membincangkan secara lanjut mengenai BJKB.
13 Mac 2013
BJKB telah hadir ke pejabat Bahagian Lanskap MPKB BRI untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang BJKB jalankan. Perbincangan berlangsung selama lebih kurang 30 minit bersama Ketua Unit Lanskap MPKB BRI secara keseluruhannya berjalan lancar. Beliau cuma ingin mengetahui dengan lebih detail mengenai aktiviti yang BJKB jalankan dan juga ingin memastikan agar aktiviti yang dijalankan tidak mengganggu orang awam. Juga tidak mengganggu gugat keadaan taman tersebut. Secara dasarnya, beliau tidak ada apa-apa halangan kerana kelulusan dari pihak atasan MPKB telah pun diberikan kepada BJKB. Malah beliau turut mencadangkan beberapa tempat lain disekitar Kota Bharu yang boleh dilakukan aktiviti buku jalanan ini. Di sekitar Taman Tengku Anis itu juga beliau ada mencadangkan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai yang boleh BJKB lakukan aktiviti di situ.
Monday, 11 March 2013
Sunday, 10 March 2013
Macam Mana Blog Ni Tercipta?
Ini semua angkara Shafiq Azli Jaafar. dia yang cadangkan untuk buat blog ni. cadangan dia bebunyi macam ni:
"Blog/laman web - kiranya mungkin cadangan ini nampak dangkal. Tapi ini perlu bagi kelangsungan BKJB akan datang. Cuma perlu penggerakan yang pandai design blog dan password dikongsi bersama semua aktivis. Mungkin dalam blog itu boleh diletakkan sedikit ulasan buku yang dibaca. Saya pengulas tegar Goodreads bersama Afifah Nur. Jadi, ulasan tersebut dapat diletakkan di situ. Tulisan pojok seperti sembang Ahad juga bermanfaat untuk kita kembangkan pemikiran kita kepada belia."
------------
Jadi, itu cadangan Shafiq kepada warga penggerak BJKB. adakah cadangan beliau diterima? Ada yang menerima, dan ada yang tak menerima.
"Blog/laman web - kiranya mungkin cadangan ini nampak dangkal. Tapi ini perlu bagi kelangsungan BKJB akan datang. Cuma perlu penggerakan yang pandai design blog dan password dikongsi bersama semua aktivis. Mungkin dalam blog itu boleh diletakkan sedikit ulasan buku yang dibaca. Saya pengulas tegar Goodreads bersama Afifah Nur. Jadi, ulasan tersebut dapat diletakkan di situ. Tulisan pojok seperti sembang Ahad juga bermanfaat untuk kita kembangkan pemikiran kita kepada belia."
------------
Jadi, itu cadangan Shafiq kepada warga penggerak BJKB. adakah cadangan beliau diterima? Ada yang menerima, dan ada yang tak menerima.
------------
yang tak menerima hujahnya begini:
Blog dan laman web bagi saya, agak leceh. Maaf, tapi apa kata kita guna cara yang lebih senang dan takmemerlukan komitmen yang terlalu banyak, maksud saya pasti semua ada komitmen yang lainnya kan. Saya takut, blog itu tidak aktif dan berhenti di pertengahan jalan, itu kebiasaan blog yang saya jumpa, lebih-lebih lagi blog untuk acara sebegini, tapi kalau ada seorang yang betul-betul akan terus menulis, itu tidak menjadi masalah, dan mungkin akan diselang seli kan dengan penulisan yang lainnya. Jauh pula, sebenanrnya saya nak cadangkan agar awak dan Afifah Nur linkkan saja akaun GoodReads awak dengan FB BJKB. Rasanya boleh kan begitu ? Atau kalian share kan apa yang kalian tulis di GoodReads di page BJKB. Itu lebih mudah. Saya pun punya akaun GR cuma saya taksuka menulis review buku, saya hanya suka membaca review untuk dijadikan medium dalam pencarian bahan bacaan.
dan yang menerima cadangan Syafiq pula hujahnya begini:
Mengenai mewujudkan blog bjkb itu pada saya ianya sangat cool. kenapa sangat cool? sebab blog lagi cool dari fb. ya ya fb cool. tapi blog tetap lagi cool. kenapa? sebab konsep blog adalah web based concept dan konsep fb adalah konsep "touch and go". post sumthin and just let it go. nampak tak maksud saya? maksud saya, apa yang kita post kat fb ianya sedikit sukar untuk dicari lagi. take time nak kena scroll down untuk mencari. tapi, kalau kat blog, kita boleh cari based on title yang ada link kat tepi tu. jadi, saya memberi sokongan penuh untuk mewujudkan blog. masalah tak konsisten berblog tu perkara biasa. sy mengalaminya.hehe. tp mungkin ianya boleh di atasi bila adanya ramai penulis.tapi dari segi fungsi penyampaian dan simpanan maklumat, blog adalah lebih power dari fb.
------------
Kita meraikan sebarang pendapat dan pandangan rakan-rakan. Yang mencadang mahupun yang membantah. Pendapat yang diterima, diusulkan kepada rakan-rakan untuk dinilai samaada ianya baik untuk diguna-pakai atau pun tidak. Dalam mencapai kesepakatan bersama, kita tak pernah menafikan pandangan setiap orang. Apa yang diutarakan kita rai. Yang akhirnya apabila difikirkan perlu, pendapat tersebut akan diusulkan ke SIDANG RAKYAT agar dapat mencapai keputusan yang KONSENSUS.
Dan apabila usul si Shafiq ini dibentangkan ke persidangan rakyat pada 8.3.2013 yang lepas, sebulat suara keputusan yang dicapai secara konsensus bersetuju dengan apa yang Shafiq usulkan.
Seiring dengan keputusan yang dicapai, blog ini juga dibina pada tarikh keramat tersebut.
Saturday, 9 March 2013
Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan @ BJKB
Pada
8.3.2013, BJKB telah menerima kunjungan YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli
Bin Dato’ Haji Hassan yang merupakan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan
Awam Kelantan.
---------------------------
"program yang sangat bagus. saya harap program macam ni dapat diperkembangkan ke tempat-tempat lain juga" - YB DATO' DR. MOHAMED FADZLI BIN DATO' HJ HASSAN
---------------------------
"program yang sangat bagus. saya harap program macam ni dapat diperkembangkan ke tempat-tempat lain juga" - YB DATO' DR. MOHAMED FADZLI BIN DATO' HJ HASSAN
Perpustakaan Awam @ BJKB
pada tanggal 7.3.2013, BJKB telah menghadiri
musyuarat di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan atas jemputan Pustakawan
perpustakaan tersebut. Secara ringkasnya, pihak Perpustakaan Awam Negeri
Kelantan berminat untuk bekerjasama dengan BJKB dalam memeriahkan acara
buku jalanan.
---------
----------------
--------------------------
--------------------------------------
-----------------------------------------------
[cerita sebelumnya]
Pada 5 March 2013, Dhani telah mendapat panggilan dari Pustakawan Perpustakaan Negeri Kelantan yang menjemput BJKB untuk menghadiri meeting pada hari Khamis [7.3.13] jam 2.30 petang. Jemputan meeting ini adalah tindakan susulan mereka yang berminat untuk bekerjasama dengan BJKB setelah mereka terinspirasi dengan apa yang BJKB lakukan.
Sebetulnya, Dhani telah mendapat sedikit gambaran mengenai apa yang mereka ingin bincangkan dalam meeting pada 7.3.2013 tersebut. Jadi, Dhani mencadangkan agar warga BJKB duduk bersama mengadakan short meeting sebagai persediaan untuk meeting bersama pihak library kelantan. Seruan short meeting bersahut. Pada hari Rabu malam Khamis, satu meeting ringkas telah berlangsung di satu lokasi rahsia yang dihadiri oleh Rafidah, Puteri, Husnina, Rabiah, Kodi dan juga Azlan. Sambil-sambil minum, sambil sambil layan bola Kelantan lawan Maziya yang berkesudahan seri 1 sama, sambil-sambil bincang, sambil-sambil makan pizza, akhirnya kami sepakat meneruskan BJKB dengan apa yang ada sekarang. maksudnya, untuk apa jua sebarang kemungkinan dari pihak library Kelantan, pihak BJKB akan tetap dilakukan secara rock and roll tanpa sebarang syarat-syarat yang menghukum pada setiap hari Jumaat jam 5 petang. itu keputusan bersama.
Maka, hari yang dinantikan tiba. Kerana yang lain mempunyai komitmen masing-masing, Dhani hadir ke meeting berseorangan. Meeting yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang itu membincangkan beberapa perkara penting. Antaranya adalah:
1] Pada dasarnya, pihak library kelantan ingin turut bersama BJKB dalam menjayakan buku jalanan pada hari yang sama. Namun, kerana BJKB beroperasi pada hari Jumaat dan library kelantan pula bercuti pada hari tersebut, maka mereka terpaksa melakukan aktiviti ini pada hari Sabtu. jadi, persetujuan yang dicapai di sini ialah:
- BJKB melangsungkan acara ini pada hari Jumaat minggu pertama dan ketiga,
- manakala pihak library Kelantan akan melangsungkannya pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat.
2] Mengambil pengalaman dari BJKB, pihak library Kelantan akan menjayakan aktiviti ini seperti mana yang BJKB lakukan. dengan kata lainnya, library kelantan akan "copy paste" apa yang BJKB lakukan. :)
3] Oleh kerana library Kelantan merupakan sebuah agensi kerajaan, jadi, mereka sangat terikat dengan akta-akta tertentu. Dengan kata lainnya, mereka akan beroperasi seperti apa fungsi mereka diwujudkan seadaanya. Dengan kata lain lagi, untuk sesetengah perkara, mereka tidak boleh menjadi rock and roll seperti BJKB. mereka akan tetap menjadi rasmi seperti apa yang kita kenal mereka.
Jadi, itu je lah kot yang nak diceritakan kat sini. Diharapkan dengan kerjasama ini dapat mewujudkan satu environment yang positif. Setidak-tidaknya dengan kerjasama ini kita tahu: SETIAP MINGGU AKAN ADA BUKU DISEDIAKAN DI TAMAN TENGKU ANIS. dan ini sesuatu yang positif yo!
Selepas Kelahiran BJKB #6
Tanpa Tajuk
oleh: Muiz Mazlan
Sebelum ini hanya dengar dari jauh. Tapi tiba tiba menjadi kepala.
Berat. Kali ini aku nekad mahu melakukannya. Sudah lama aku menyimpan
angan untuk melakukan ini.
Perkara pertama, perlu ada diskusi
bersama Si Tukang Idea. Selesai. Apa yg penting pada saat ini ialah
mencari seberapa banyak bahan bacaan untuk projek ini. Tapi dimana ?
Iklan saja di grup grup fb. Untung untung ada yg sudi. Ya mmg ada yg
sudi. Dari sebuah menjadi sekotak. Hajat untuk berjumpa Si Tukang Idea
di ibu kota tidak menjadi kenyataan. Simpan saja segala bahan bacaan
ini, langsung membawa pulang ke desa tercinta.
Cuti pertengahan
semester menjadi masa terbaik untuk menyelesaikan segala masalah. Masa,
lokasi sudah ditetapkan sekurangnya sebelum pulang ke ibu kota. Taman
Perbandaran Tengku Anis menjadi lokasi dan 30hb November bakal menjadi
tanggal bersejarah. Segala buku buku sudah diserahkan kepada Si Tukang
Idea.
Seminggu sebelum hari yg telah ditetapkan, masih memikirkan
untuk pulang atau tidak dek kerana punya kelas pada hari tersebut dan
tugasan di fakulti. Ah. Ini projek yang kali pertama. Mana mungkin aku
tidak menghadirinya. Malam sebelum hari kejadian. Aku memilih bas
sebagai transport untuk pulang ke desa halaman. Pelbagai persoalan
bermain di fikiran. Terutama mengenai sambutan orang ramai. Aku
terlelap.
Tepat pukul 4 petang waktu tempatan, aku berada di lokasi,
menunggu Si Tukang Idea, membawa segala bahan bacaan. Untuk pertama
kalinya, ada 6 orang yg bersama dengan projek ini. Dek kerana lokasi
asal kurang mendapat perhatian orang ramai, kami berpindah ke lokasi
kedua, lebih dekat dengan pengunjung taman. Mungkin mereka fikir kami
ingin menjual buku. Sehingga di tegur oleh penjaga taman. Setelah
membicarakan hal sebenar. Semunya berjalan lancar. Sambutan orang ramai
boleh dikira agak menggalakkan untuk yang pertama kalinya. Apa yg
penting ialah menerangkan dan mencapai matlamat kami.
Tepat jam 7,
selesai sudah untuk yang pertama kalinya. Penat lelah seperti terbayar
dengan sambutan yang diterima. Tapi tugas masih belum selesai. Setiap
yang pertama kali pasti akan ada yang kedua ketiga dan seterusnya. Itu
yg harus difikirkan. Tapi sekurangnya yang pertama kali sudah selesai.
Dan di sini kami membuat teman, bergerak sebagai satu famili, berbakti
kepada ilmu. Semoga kesemuanya memperoleh manfaat. Itu saja. Titik.
Selepas Kelahiran BJKB #5
Khas untuk Buku Jalanan Kota Bharu
oleh: Fatin Awanis
Buku Jalanan (BJ) : Dengan sikap ingin tahu juga yang sentiasa
mencari kerja sukarela, saya didedahkan dengan Buku Jalanan Titiwangsa
sebagai Buku Jalanan yang pertama saya jumpa, dan dari situ juga saya
mengenali insan-insan yang berjiwa besar yang sentiasa mahu memberi
biarpun mereka masih muda. Seterusnya saya ke Buku Jalanan Shah Alam
bersama jiwa yang masih sama, saya bertemu penggerak pertama buku
jalanan di seluruh dunia. Sebagai pencandu buku, saya suka bila
berkongsi apa saja yang saya baca dengan orang ramai, justeru itu, saya
menambah "senarai-perkara-yang-perlu-dilakukan-sebelum 25 tahun" dengan
Buku Jalanan. Pertengahan 2012, apabila keluarga memutuskan untuk
tinggal di Kelantan, saya menggunakan peluang ini untuk merealisasikan
apa yang saya mahu dan apa yang rakyat perlu. Menolak ketepi soal berapa
usia saya juga berapa banyak pengalaman yang ada, dan ditambah pula
dengan bantuan rakan-rakan yang setia, kami meneruskan usaha kami tanpa
mengambil kira kekangan yang mendatang. Bagi saya, jika mahu ia
berlangsung, langsungkan. Masalah yang mendatang, biarkan mendatang.
Bukan namanya kehidupan kalau tiada masalah bukan ? Dengan menggunakan
buku simpanan peribadi juga beberapa kotak buku pemberian orang ramai,
kami nekad membentang tikar di Taman Tengku Anis. Syukur, acara pertama
berjaya menarik perhatian ramai setelah medium Twitter dan Facebook
digunakan. Pada acara pertama juga, saya dipertemukan dengan seseorang
yang boleh dipanggil otai aktivi subkultur di Kelantan. Begitu juga
dengan para mahasiswa muda dari USM, hanya beberapa minit pengenalan,
mereka sudi untuk meneruskan aktiviti BJKB ini dimasa hadapan. Konsep
yang saya kenalkan cukup mudah; dari rakyat untuk rakyat dan juga tanpa
birokrasi. Kerana itulah, BJKB adalah milik semua. Saya tidak langsung
meletakkan BJKB ini milik saya sepenuhnya hanya kerana saya yang
memulakannya di Kelantan, tidak, BJKB adalah milik semua. Kerna itu,
penggerak BJKB boleh jadi sesiapa saja. Yang faham erti keperluan
manusia, yang tahu erti cinta pada amalan membaca juga yang begitu kasih
pada buku. Dan dengan ini, BJKB membuka peluang untuk anak muda atau
sesiapa sahaja terlibat dengan aktivi sukarela. Jelas, BJKB merupakan
medium untuk semua mengekspresikan segala hasil seni yang kalian ada.
Secara percuma juga tanpa birokrasi. Acara seterusnya tumbuh dengan
jayanya. Ditambah lagi dengan penggunaan HotFM Cakna Kelate sebagai
medium hebahan, BJKB terus disambut rakyat dengan hati terbuka. Acara
demi acara, saya yang berada jauh dari mereka sentiasa menerima ratusan
tahniah juga kata-kata semangat dari penggerak Buku Jalanan seluruh
dunia kerana telah menghidupkan BJKB dengan jayanya. Ini tidak bukan
adalah kerana usaha dan semangat para aktivis yang setia di Kelantan.
Dan yang paling mengejutkan saya, para aktivis bukanlah semuanya berasal
dari negeri Kelantan, tetapi dari seluruh Malaysia; Terengganu,
Sarawak, Pulau Pinang, Johor. Mereka merupakan rakyat Kelantan sementara
tapi begitu cakna pada perkembangan negeri Kelantan. Jujurnya, sampai
saat ini, saya tidak pernah bersua muka dengan penggerak BJKB selepas
acara sulung BJKB. Tetapi dengan kepercayaan juga rasa cinta, kami
berhubungan melalui Facebook juga telefon. Perbincangan demi
perbincangan telah kami lalui, semuanya demi mengukuhkan lagi BJKB. Dan
rasanya untuk saya anggap para penggerak BJKB sebagai keluarga adalah
tidak keterlaluan bukan ? Dan antara soalan yang sering saya terima
adalah ; " Apa yang kalian dapat dari BJKB ?". Jawapan ada pada diri
penggerak masing-masing. Banyak yang saya mahu tulis tentang BJKB, tapi
biarlah jadi simpanan peribadi saya yang seterusnya. Untuk kalian yang
sudi menggerakkan BJKB, jangan lah anggap BJKB sebagai beban, tapi
anggaplah ia suatu keperluan untuk perlu dilangsungkan.
Terima kasih dan berbahagialah. :) "
Friday, 8 March 2013
Selepas Kelahiran BJKB #4
Buku Jalanan
oleh: Alyn Amalyn
Assalamualaikum..
Hari ni alyn nak bagitau yang ada sesuatu yang sedang berlangsung di Taman Tengku Anis, pada setiap 2 minggu sekali, Jumaat(4ptg - 7 ptg)..kalian2 yang anak jati Klate tu, yang stay Klate apa semua tu jom semua pergi dekat Taman Perbandaran Tengku Anis untuk membaca buku sambil bersantai..
mana alyn tau benda ni semua,??
Alyn dengar dalam radio Hot Fm Klate..sambil2 dengar lagu dalam office ni, dapat jugak informasi tentang aktiviti yang sedang dan akan dilakukan sekitar Klate ni..
Bagi kalian yang ada banyak masa terluang tu, bolehlah datang sini bersama ahli keluarga untuk beriadah sambil2 baca buku kat sini..dan dalam masa yang sama jugak kita boleh pupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat kita yang agak kurang minat membaca buku ni..nak tau lebih lanjut kalian boleh baca another entry from this blog for more information or Like this Facebook Buku Jalanan..dapatkan informasi terkini daripada Facebook Buku Jalanan dan jom sertai mereka..
p/s:nanti hujung minggu alyn nak ajak abah pergi situ,,
sumber: klik sini
Selepas Kelahiran BJKB #3
Ini untuk orang macam aku- Pencandu Buku.
oleh: Afifah Nur.
oleh: Afifah Nur.
Assalamualaikum.
Kisahnya bermula begini. Dua minggu lepas, sewaktu daku dalam kesibukan untuk Program Gaza, yakni, aktiviti bacaan doa Qunut Nazilah dari kelas ke kelas, sorang staf USMT UiTM bagi flyers untuk diedarkan.
Dan, flyers itu, telah menarik hati daku seolah-olah macam daku tertarik kepada buku atau novel yang tersusun di kedai buku mahupun di perpustakaan!
Ya. Inilah flyers yang daku sebutkan itu. Di halaman depan, perihal Boikot Mc'Donalds. Di belakang, Buku Jalanan Kota Bharu.
Bermula saat itu, minda ku bermain persoalan.
Ah sudah. Apa itu Buku Jalanan Kota Bharu?
Daku cari di Facebook. bukan payah. Facebook, cari apa, semua ada. Ini dia, website BJKB.(BukuJalananKotaBharu)
Dan sekali lagi, daku terpikat di saat-saat melihat gambar event yang sudah berlalu.
Bilamana berlangsungnya program Gaza, daku berkesempatan untuk berbual dengan staf UiTM tu tentang event ini. Nama glamournya, Encik Dhani.
Ingin sekali daku pergi. Melihat dengan mata sendiri, merasai pengalaman yang orang lain pernah sertai, sebelum ini.
Dan, hari ini, dengan izin Allah, dapat jua daku jumpa mereka- aktivitis BukuJalanan ini.
Dapat jua daku bersama-sama dengan mereka berjuang, atas nama; " Duduk, baca, pinjam, percuma "
Ya. Semua ada. Dari zine, novel kanak- kanak, buku indie, majalah Islamik, majalah macam- macam ada.
Ah. Betapa indahnya hari ini.
Kenapa? Kerana ini lah yang daku cari selama ini.
Orang macam daku- pencandu buku ini, senang. Bagi zine, daku baca. Bagi majalah, daku baca. Bagi novel, daku baca. Bagi apa-apa, akan daku baca.
Cinta itu subjektif, dan cinta daku terhadap buku, sukar diterjemahkan dalam bahasa mudah.
Cinta daku terhadap buku, terlalu indah. Tidak pernah dilanda ombak badai, tidak pernah jatuh ke dalam gaung yang dalam. Ini lah dia, peneman hidup di kala daku sunyi, inilah dia, cinta daku selama ini-hingga selama lamanya. (Pftttt. Nak muntah baca)
The best part is,
Bilamana Novelis Fixi, Saudara KhairulNizam Bakeri datang bersama dua beg berwarna hijau di tangan, yang bertanda nama, Fixi.
Buku Fixi di BukuJalananKotaBharu? Apakah?
Yay. Ini bukan mimpi. Ini betul-betul, suatu yang pasti. Dan ini sangat AWESOME! Terima kasih Buku Fixi kerana menyumbang ini. Teruja kemain. Kalau bukan kerana final lagi seminggu, mahu saja daku rembat (pinjam) Kougar, Tabu, Bisik.
Lama fikir. Siap bilang dengan jari. Nak pinjam ke tak. Nak pinjam ke tak. Nak pinjam ke tak. Alih- alih, daku pulang dengan perasaan hampa.
Sabar. Tunggu final tamat dulu ye? Tak kan lari Buku Fixi dikejar. Heheh.
Dan. Daku mohon, mana-mana warga Kota Bharu yang berminat untuk berjuang demi kelangsungan event ini di Kota Bharu sampai bila- bila, sila hubungi aktivis yang sedia ada. Boleh contact facebookBukuJalananKotaBharu. Bukan apa, kakak-kakak yang di atas itu, bukan orang Kelantan, tapi belajar di sini. Jadi, waktu mereka cuti sem nanti, siapa yang akan menjadi pengganti kalau bukan orang Kelantan sendiri?
Ayuh! Kita sama-sama berjuang, demi untuk bangsa kita, supaya mereka, cintakan ilmu. Supaya mereka, sama-sama menyokong usaha, budaya membaca ini.
Dan InshaAllah, dari daku sendiri, akan terus berusaha untuk menyokong perjuangan ini, jika diizinkan Tuhan.
sumber: klik sini
Selepas Kelahiran BJKB #2
Buku Jalanan Kota Bharu
oleh: KaiSHu_HaiKaL
oleh: KaiSHu_HaiKaL
Assalamualaikum...
Ada yang mengetahui dan ada yang masih samar-samar dengan Konsep Buku Jalanan Kota Bharu (BJKB). Penulis sendiri masih hairan masih ada orang yang sanggup menjaja untuk menganjur perpustakaan lambak seperti ini. Namun begitu penulis juga amat teruja dengan keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda bagi sebuah program seperti ini. Langsung tidak mendapat apa-apa keuntungan malah mungkin akan menjadi bertambah rugi sekiranya ada yang ingin khianat dan tiada perasaan tanggungjawab, namun ianya tidak menjadi masalah bagi aktivis BJKB ini...
Penulis sudah lama mengetahui perihal BJ ini dari seorang blogger Dhani Ahmad hal aktivis BJ ini namun penulis belum lagi terpanggil untuk pergi merasai suasana BJKB ini. Namun hari ini di waktu Jumaat terakhir pada 2012 ini, ketika penulis tidak dapat kembali ke Perak bersama keluarga ini, penulis terpanggil untuk merasai suasana di BJKB ini. Anda boleh layari http://bilik.blogspot.com/2012/12/bjkb.html untuk mengetahui lebih lanjut perihal kewujudan BJKB ini.
Ada Apa dengan BUKU JALANAN?
Konsep yang mudah untuk difahami ianya adalah perpustakaan terbuka atau street library dan unformal... Ianya lebih bersifat santai bagi aktiviti membaca dan mampu untuk memupuk minat membaca dikalangan warga Kota Bharu.
Apa Aktiviti BJKB ni?
Ada beberapa aktiviti yang dilakukan oleh BJKB ini dan ianya bersifat santai.... Antaranya adalah :
# Peminjaman Bahan Bacaan Secara Percuma
# Conteng-Conteng
# Conteng-Conteng
# Diskusi Perihal buku
# Berkongsi Idea bagi mengembangkan lagi BJKB
# Deklamasi Sajak atau Puisi
Itu antara aktiviti yang disajikan di BJKB ini... rasanya tiada lagi di Kelantan ini yang memperkenalkan konsep seperti ini. Namun di belah luar dari Kelantan ianya sudah pun terkenal seantero Malaysia...
Lokasi ?
BJKB ini beroperasi di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu pada hariJUMAAT, setiap 2 MINGGU SEKALI dari Jam 4 Petang hingga 7 Malam...
Gambar Kenangan?
Berikut adalah Gambar-Gambar sewaktu Penulis ke Aktiviti BUKU JALANAN KOTA BHARU (BJKB) Peace Yooooo.... Yang mana satu penulis KaiSHu_HaiKaL ini ya? Erm.. Seorang lelaki, memakai Jaket Hitam seolah pegawai tu (walhal kuli pencacai jaa), berkaca mata dan yang paling ketara sekali yang paling temukkkkk antara rakan-rakan aktivis BJKB disana... sebelah penulis yang setia menemani penulis adalah abe Dhani Ahmad, blogger http://bilik.blogspot.com .... Selamat melayan....
sumber: klik sini
Selepas Kelahiran BJKB #1
#BJKB
oleh : Dhani Ahmad
Buku Jalanan, bukanlah perkara yang alien pada aku. seawal kewujudan Buku Jalanan pertama Malaysia di Shah Alam lagi aku sudah mengetahui perihal aktiviti mereka. Sehinggalah hampir setiap negeri lahirnya Buku Jalanan masing-masing, aku masih lagi dalam radar biasa-biasa saja mengenai kewujudan mereka. Ada juga teman-teman yang menyarankan aku supaya mewujudkan Buku Jalanan di Kelantan, namun perasaan "biasa-biasa saja" itu tak memungkinkan perkara tersebut berlaku. Yang menyebabkan aku berperasaan biasa-biasa saja dengan Buku Jalanan ini adalah kerana, aku tak lagi bernafsu untuk menjalinkan hubungan yang memerlukan komitmen untuk jangka masa panjang. Pada peringkat usia aku yang sudah berumur sekarang, aku lebih suka melakukan perkara yang bersifat one-off (buat-siap-habis-setel). Perjalanan mencapai apa yang dicita oleh Buku Jalanan bukan mengambil masa sebulan dua. Dan aku sudah kurang berminat lagi dengan hal sebegini.
Pengoperasian Buku Jalanan adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan konsep Food Not Bombs (FNB). Jika di FNB, kita harus mencari makanan, menyediakan makanan dan kemudiannya mendistribusi makanan tersebut secara percuma kepada para gelandangan dan mereka yang lapar. namun di Buku Jalanan, ianya lebih mudah. cukup sekadar menyediakan sejumlah buku untuk dibaca dan dipinjam oleh orang awam. Itu saja prosesnya. apapun, untuk hal yang semudah ini, aku tak mampu lakukan kerana hal yang dinyatakan tadi, aku tak punya komitmen untuk "hubungan jangka masa panjang".
Ya, Buku Jalanan bukan hal yang alien kepada aku. Namun yang aliennya, aku tak tau ada sekumpulan manusia yang mahu mengadakan Buku Jalanan di Kota Bharu. Ini sangat pelik. Walaupun aku kurang berminat dengan Buku Jalanan, namun aku sering menerima info-info mengenai mereka. menjadi sesuatu yang pelik juga bilamana aku langsung tidak tahu akan wujudkan Buku Jalanan di bumi Kelantan kerana perihal Buku Jalanan di tempat lain aku sedikit sebanyak tahu mengenai mereka. Dalam pada berkomunikasi dengan teman dari Buku Jalanan Jitra pada tarikh 30.11.12, beliau menyatakan pada hari tersebut aktiviti Buku Jalanan Kota Bharu yang pertama akan diadakan. hampir tidak percaya juga aku dengan hal ini, kerana aku langsung tak mendengar kabar berita mengenai perkara ini. kerana pada kebiasaannya perkara-perkara subkultur seperti ini sering dilakukan oleh mereka dari kalangan orang yang aku kenal, sahabat-sahabat para pengamal aktiviti subkultur maksud aku. Hampir mustahil juga untuk masyarakat awam tahu mengenai Buku Jalanan kecuali mereka pernah terlibat dengannya. jadi, aku jadi penasaran untuk mengetahui siapakan mereka yang menganjurkan Buku Jalanan Kota Bharu ini. Melalui sedikit maklumat dari teman ku di Kedah itu, aku menyelongkar facebook Buku Jalanan Kota Bharu. Setelah diteliti melalui facebook mereka, aku dapati mereka (organizer Buku Jalanan Kota Bharu) tak punya “hubungan mutual friends” antara aku dengan mereka. jadi, tak hairan lagi kenapa aku tak tau mengenai bakal wujud Buku Jalanan Kota Bharu kerana memang info mengenai mereka sudah agak jauh jaraknya dengan aku. Masakan tidak, mereka bukan dari kelompok teman-teman aku.
Walaubagaimana pun, Ternyata, yang maha berkuasa masih memberi kesempatan untuk aku menikmati sejarah yang sedang dicipta. Disampaikan olehNya melalui teman ku yang di Kedah itu, pada petang tersebut, aku terus ke lokasi yang dinyatakan, Taman Tengku Anis.
Mencari kelibat mereka yang bernama Buku Jalanan Kota Bharu, aku ke lokasi yang dihamparkan sejumlah buku yang ditatap orang ramai orang. Mencari juga mereka yang mungkin aku kenal ada di situ. ternyata tak ada. Maksudnya, anak muda yang menganjurkan Buku Jalanan Kota Bharu ini memang bukan dari kelompok subkultur yang aku diami. Kurang lebih ada 3 lelaki dan 3 perempuan muda yang menjadi "tuan rumah" kepada acara tersebut yang menjemput orang ramai membaca buku-buku yang dihidangkan. Untuk ketika itu, keterujaan aku bukan kepada buku, tapi kepada mereka yang menganjurkan Buku Jalanan Kota Bharu. makanya, aku ke sana adalah untuk berkenalan dengan mereka.
setelah beramah mesra dengan mereka, aku merasa bangga dengan mereka. kerana, dalam serba kekurangan buku, kekurangan sukarelawan dan juga keterbatasan masa, mereka tak mengambil perkara tersebut sebagai halangan. malah mereka tekad untuk menjayakan Buku Jalanan di Kota Bharu. Dan mereka berjaya untuk tujuan tersebut. rata-rata dari mereka bukan orang asal Kota Bharu. malah ada diantara mereka yang tinggal lebih kurang 50 KM dari Kota Bharu dan sanggup ke Kota Bharu semata-mata untuk mengadakan Buku Jalanan Kota Bharu.
Setelah berkenalan dengan mereka, secara ringkasnya dapat aku katakan, dengan kekangan mereka, sang penganjur Buku Jalanan pertama di Kota Bharu ini, aku dengan yakin merasakan, memang Buku Jalanan Kota Bharu adalah SEPENUHNYA MILIK AWAM. penganjur buku jalanan kota Bharu yang pertama tak seharusnya menjadi penganjur buku jalanan Kota Bharu yang kedua kalinya Begitu juga dengan yang ketiga dan seterusnya. maksudnya, sesiapa saja boleh (dan harus!) menjadi penganjur Buku Jalanan Kota Bharu untuk edisi yang seterusnya kerana ianya adalah milik bersama. kerana tujuan dan konsep Buku Jalanan itu sendiri adalah untuk kita semua. menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan akan ada buku-buku untuk dibaca dan dipinjam di Taman Tengku Anis setiap petang Jumaat dua minggu sekali. Semoga sukses Buku Jalanan Kota Bharu!
sumber: klik sini
Detik-Detik Kelahiran BJKB
Buku Jalanan, bakal muncul di Kota Bharu!
oleh: Anne Azman
Saya biasa ke Buku Jalanan Titi di Taman Tasik Titiwangsa. Cuma di sana yang saya biasa pergi. Saya tahu di seluruh Malaysia terdapat beberapa lagi Buku Jalanan seperti di Shah Alam, Ipoh, Seremban dan banyak lagi.
Dan,
Kali ini warga Kota Bharu pula bakal dapat peluang membaca secara percuma. Mereka bercadang mengadakan Buku Jalanan Kota Bharu di Taman Perbandaran Tengku Anis.
Nantikan kawan-kawan, terutamanya yang berada di Kota Bharu, BUKU JALANAN KOTA BHARU tidak lama lagi. Jika saya pulang ke kampung, insya-Allah jika kebetulan ada acara Buku Jalanan di sana, teringin juga stop by.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut 'Like' Facebook page Buku Jalanan Kota Bharu dan 'Follow' Twitter Buku Jalanan Kota Bharu.
sumber: klik sini
Gambar BJKB #1 - 30.11.2012
Untuk julung kalinya, berikut adalah sebahagian gambar yang dirakam sebagai
bukti sejarah kewujudan Buku Jalanan di bumi Kota Bharu Kelantan pada tarikh 30.11.2012.
Buku Jalanan Kota Bharu
BIODATA.
Nama Penuh: Buku Jalanan Kota Bharu
Nama Pendek: BJKB
Nama Pendek: BJKB
Tarikh Lahir: 30 November 2012
Tempat Lahir: Taman Perbendaharaan Tengku Anis Kota Bharu
Subscribe to:
Posts (Atom)