Saturday, 9 March 2013

Selepas Kelahiran BJKB #6

Tanpa Tajuk
oleh: Muiz Mazlan


Sebelum ini hanya dengar dari jauh. Tapi tiba tiba menjadi kepala. Berat. Kali ini aku nekad mahu melakukannya. Sudah lama aku menyimpan angan untuk melakukan ini.

Perkara pertama, perlu ada diskusi bersama Si Tukang Idea. Selesai. Apa yg penting pada saat ini ialah mencari seberapa banyak bahan bacaan untuk projek ini. Tapi dimana ? Iklan saja di grup grup fb. Untung untung ada yg sudi. Ya mmg ada yg sudi. Dari sebuah menjadi sekotak. Hajat untuk berjumpa Si Tukang Idea di ibu kota tidak menjadi kenyataan. Simpan saja segala bahan bacaan ini, langsung membawa pulang ke desa tercinta.

Cuti pertengahan semester menjadi masa terbaik untuk menyelesaikan segala masalah. Masa, lokasi sudah ditetapkan sekurangnya sebelum pulang ke ibu kota. Taman Perbandaran Tengku Anis menjadi lokasi dan 30hb November bakal menjadi tanggal bersejarah. Segala buku buku sudah diserahkan kepada Si Tukang Idea.

Seminggu sebelum hari yg telah ditetapkan, masih memikirkan untuk pulang atau tidak dek kerana punya kelas pada hari tersebut dan tugasan di fakulti. Ah. Ini projek yang kali pertama. Mana mungkin aku tidak menghadirinya. Malam sebelum hari kejadian. Aku memilih bas sebagai transport untuk pulang ke desa halaman. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Terutama mengenai sambutan orang ramai. Aku terlelap.
Tepat pukul 4 petang waktu tempatan, aku berada di lokasi, menunggu Si Tukang Idea, membawa segala bahan bacaan. Untuk pertama kalinya, ada 6 orang yg bersama dengan projek ini. Dek kerana lokasi asal kurang mendapat perhatian orang ramai, kami berpindah ke lokasi kedua, lebih dekat dengan pengunjung taman. Mungkin mereka fikir kami ingin menjual buku. Sehingga di tegur oleh penjaga taman. Setelah membicarakan hal sebenar. Semunya berjalan lancar. Sambutan orang ramai boleh dikira agak menggalakkan untuk yang pertama kalinya. Apa yg penting ialah menerangkan dan mencapai matlamat kami.
Tepat jam 7, selesai sudah untuk yang pertama kalinya. Penat lelah seperti terbayar dengan sambutan yang diterima. Tapi tugas masih belum selesai. Setiap yang pertama kali pasti akan ada yang kedua ketiga dan seterusnya. Itu yg harus difikirkan. Tapi sekurangnya yang pertama kali sudah selesai. Dan di sini kami membuat teman, bergerak sebagai satu famili, berbakti kepada ilmu. Semoga kesemuanya memperoleh manfaat. Itu saja. Titik.

No comments:

Post a Comment