oleh: Afifah Nur.
Assalamualaikum.
Kisahnya bermula begini. Dua minggu lepas, sewaktu daku dalam kesibukan untuk Program Gaza, yakni, aktiviti bacaan doa Qunut Nazilah dari kelas ke kelas, sorang staf USMT UiTM bagi flyers untuk diedarkan.
Dan, flyers itu, telah menarik hati daku seolah-olah macam daku tertarik kepada buku atau novel yang tersusun di kedai buku mahupun di perpustakaan!
Ya. Inilah flyers yang daku sebutkan itu. Di halaman depan, perihal Boikot Mc'Donalds. Di belakang, Buku Jalanan Kota Bharu.
Bermula saat itu, minda ku bermain persoalan.
Ah sudah. Apa itu Buku Jalanan Kota Bharu?
Daku cari di Facebook. bukan payah. Facebook, cari apa, semua ada. Ini dia, website BJKB.(BukuJalananKotaBharu)
Dan sekali lagi, daku terpikat di saat-saat melihat gambar event yang sudah berlalu.
Bilamana berlangsungnya program Gaza, daku berkesempatan untuk berbual dengan staf UiTM tu tentang event ini. Nama glamournya, Encik Dhani.
Ingin sekali daku pergi. Melihat dengan mata sendiri, merasai pengalaman yang orang lain pernah sertai, sebelum ini.
Dan, hari ini, dengan izin Allah, dapat jua daku jumpa mereka- aktivitis BukuJalanan ini.
Dapat jua daku bersama-sama dengan mereka berjuang, atas nama; " Duduk, baca, pinjam, percuma "
Ya. Semua ada. Dari zine, novel kanak- kanak, buku indie, majalah Islamik, majalah macam- macam ada.
Ah. Betapa indahnya hari ini.
Kenapa? Kerana ini lah yang daku cari selama ini.
Orang macam daku- pencandu buku ini, senang. Bagi zine, daku baca. Bagi majalah, daku baca. Bagi novel, daku baca. Bagi apa-apa, akan daku baca.
Cinta itu subjektif, dan cinta daku terhadap buku, sukar diterjemahkan dalam bahasa mudah.
Cinta daku terhadap buku, terlalu indah. Tidak pernah dilanda ombak badai, tidak pernah jatuh ke dalam gaung yang dalam. Ini lah dia, peneman hidup di kala daku sunyi, inilah dia, cinta daku selama ini-hingga selama lamanya. (Pftttt. Nak muntah baca)
The best part is,
Bilamana Novelis Fixi, Saudara KhairulNizam Bakeri datang bersama dua beg berwarna hijau di tangan, yang bertanda nama, Fixi.
Buku Fixi di BukuJalananKotaBharu? Apakah?
Yay. Ini bukan mimpi. Ini betul-betul, suatu yang pasti. Dan ini sangat AWESOME! Terima kasih Buku Fixi kerana menyumbang ini. Teruja kemain. Kalau bukan kerana final lagi seminggu, mahu saja daku rembat (pinjam) Kougar, Tabu, Bisik.
Lama fikir. Siap bilang dengan jari. Nak pinjam ke tak. Nak pinjam ke tak. Nak pinjam ke tak. Alih- alih, daku pulang dengan perasaan hampa.
Sabar. Tunggu final tamat dulu ye? Tak kan lari Buku Fixi dikejar. Heheh.
Dan. Daku mohon, mana-mana warga Kota Bharu yang berminat untuk berjuang demi kelangsungan event ini di Kota Bharu sampai bila- bila, sila hubungi aktivis yang sedia ada. Boleh contact facebookBukuJalananKotaBharu. Bukan apa, kakak-kakak yang di atas itu, bukan orang Kelantan, tapi belajar di sini. Jadi, waktu mereka cuti sem nanti, siapa yang akan menjadi pengganti kalau bukan orang Kelantan sendiri?
Ayuh! Kita sama-sama berjuang, demi untuk bangsa kita, supaya mereka, cintakan ilmu. Supaya mereka, sama-sama menyokong usaha, budaya membaca ini.
Dan InshaAllah, dari daku sendiri, akan terus berusaha untuk menyokong perjuangan ini, jika diizinkan Tuhan.
sumber: klik sini
No comments:
Post a Comment